Friday 11 October 2013

pantun meminang

Pantun Meminang 


Berbalas pantun antara tetamu (pihak lelaki) dan tuan rumah (pihak perempuan).

Pihak lelaki:-
Laksamana cekap bermain senjata
sambil berpencak sambil ketawa
andai terlanjur menyusun kata
maaf dipinta seikhlas jiwa
 
Harum sungguh si bunga kemboja
ditanam orang di hujung halaman
datang dengan hati teruja
untuk menyunting bunga di taman.
 
Pihak perempuan:-
Nampak cantik berseri laman
Tempat bertandang beruk dan kera
Hendak menyunting bunga ditaman
Sudahkah cukup syarat dan kira?

Pihak Perempuan:-
Pergi mengail ikan gelama
Laut gelombang serta gelora
Niat baik sudah diterima
Nak tengok dulu muda kah tua!

Pihak lelaki:-
Bunga cantik hiasan taman
Bunga sena penghias biara
Tentulah pemuda yang jadi idaman
Orang tua pengatur bicara.

Pihak lelaki:-
Kalau padi katakan padi
Tidaklah kami tertampi-tampi
Kalau sudi katakan sudi
Tidaklah kami ternanti-nanti.

Seloka kami berhenti di sini
namun debaran masih dirasakan
terlanggar adab haraf dimaafi
kini hanya menanti jawapan

 Pihak Perempuan:-
Pohon cempedak ditepi titi
Pohon nangka buah sebiji
Kalau sudah berkenan dihati
Marilah kita mengikat janji


 -mrjie-

senarai semak bagi perkahwinan melayu- pertunangan

untuk adat bertunang ni,kebiasaanya wakil dari pihak lelaki akan datang ke rumah pengantin perempuan dengan beberapa barang hantaran.dulang hantaran ini biasanya lelaki bagi 5 dulang,di balas oleh pihak perempuan ngan 7 dulang

contohnya :

Pihak lelaki bagi
1) cincin
2) sirih 
3) kek
4) buah buahan
5) manisan

Pihak perempuan balas
1)sirih
2)kek
3)coklat
4)kain
5)buah buahan
6)bunga rampai
7)manisan dll (x ingat plak dulu aku dpt pe ag..haha)

untuk budget time ni, dari pihak lelaki,bergantung la pada harga cincin yang dibeli,kalo beli dlm cincin harga seribu,so yang lain2 termasuk gubahan dulang hantaran,lebih kurang rm3ribu. ini x termasuk kos2 nak g umah pihak perempuan. aku dulu dekat je..hehe

untuk pihak perempuan plak,biasanya x smp rm2 ribu la, tapi kalo ramai jemputan,makin mahal la.sebab ada makan2 kan pas majlis. plus kalo ada tempah cameraman,andam ngan pelamin,makin mahal la.buat la ikut kemampuan. yang penting makan2 tu la...make up bagi perempuan..
yang lelain aku rasa x yah kot...ikut selera memasing la..haha

pada majlis pertunangan juga biasanya akan membincangkan beberapa perkara seperti:

1) tarikh perkahwinan
2) jumlah hantaran

ni biasanya orang2 tua pandai la benda ni,jgn wisau...mcm masa aku dulu,abah aku la orang nye..juru ckp bagi pihak lelaki,sempoi siap ada pantun2 ag..haha...tarikh perkahwinan biasanya antara 6 bulan ke setahun dari tarikh pertunangan...tgk pada kedua2 keluarga la

bercakap pasal jumlah hantaran, ianya terbahagi kepada dua, yang pertama barang2 hantaran, yang kedua wang hantaran...wang hantaran biasanya menjadi isu yang agar panas la...
nasihat aku, pasangan kena bincang dulu , lepas comfirm,gtau parent masing2, sebelum majlis tunang ni... so time tunang, orang lain x perlu tahu, kedua parent je da tau cukup

so bercakap balik pasal tunang ni, proses dia mudah je, wakil lelaki datang rumah perempuan,bagi pantun ckit nak meminang, bincang seperti yang aku mention, setle sume,wakil pihak lelaki, biasanya ibu pihak lelaki, akan menyarungkan cincin kat calon pengantin perempuan..simple je kan.. tu je la..
untuk tunang ni sebenarnye xde yang tensen or pening2...paling penting kena rileks je...haha
pastu tukar2 hantaran...bapak pihak perempuan pastu akan ajak dorg makan2....

bab yang paling penting time tunang ni ialah,dari awal proses meminang ni,pengantin lelaki xleh ada..hahaha..time aku dulu,sepanjang proses meminang,aku kena duk dalam kete apis..bersama geng aku apis ngan yod...lama gak la,abes sebatang rokok dorg hisap..bayangkan...
time ni mmg gemuruh giler..haha

time makan2 tu la,baru pengantin lelaki leh masuk jumpa tunang dia tuk sesi photografi...

so tu je la...pape kalo aku ingat nanti aku update...

kat cni aku sertakan pic dulang hantaran tunang dari pihak lelaki...boleh rujuk


tu je la dari aku,pos pasni ialah pantun meminang...boleh wat rujukan..hehe

-mrjie-

Thursday 10 October 2013

dafi - bila terasa rindu

video music khas untuk isteri tercinta.i miss you my dear




Apa agaknya khabarmu di sana?
Di sini ku sedang dibelenggu rindu
Beginikah rasa seksa perpisahan
Sungguh anehnya hidup berasingan

Hati terasa bagai tertinggal di situ
Meskipun tubuh dah jauh beribu batu
Sesaat seperti tahun lamanya
Semasa kau tiada
Apa yang terdaya…

Bila terasa rindu ku sebut namamu
Dengan harapan kau akan muncul dalam tidur
Bila terasa rindu ku bayang wajahmu dalam angan
Dan barulah ku terasa bagai disembuh

Jauh sekali hidup di sini berbeza
Beribu kali lagi ku selesa di sana
Tak sabar menantikan detik kepulangan
Namun hingga itu
Apa yang termampu…

Bila terasa rindu ku sebut namamu
Dengan harapan kau akan muncul dalam tidur
Bila terasa rindu ku bayang wajahmu dalam angan
Dan barulah ku terasa bagai disembuh

Terlintas di fikiran untuk meminggirkan saja
Semua pencarian di sini
Tetapi ini sebahagian dari pengorbanan
Bekalan andainya hari sukar mencabar


-mrjie-

perkahwinan part 2 - budget perkahwinan bagi pengantin lelaki

Bajet Perkahwinan Lelaki
Berikut adalah beberapa perkara yang perlu (atau tidak) dalam sesebuah majlis perkahwinan Melayu. Sila cetak dan masukkan jumlah yang mampu dikeluarkan untuk setiap perkara berikut. Kira jumlah perbelanjaan dan semak panduan perbelanjaan perkahwinan yang diberikan di bawah.


Pra-perkahwinan:
Kursus perkahwinan
RM
Wang hantaran
RM
Mas kahwin
RM
Upah jurunikah
RM
Kad jemputan
RM
Setem
RM
Cincin tunang
RM
Cincin kahwin
RM
Barang kemas
RM
Perjalanan pergi dan balik untuk rombongan
RM
Tempat penginapan untuk rombongan
RM
Barangan Hantaran:
Sirih junjung
RM
Potpurri
RM
Al-Quran
RM
Telekung/sejadah
RM
Kain ela
RM
Baju kurung
RM
Beg tangan
RM
Tuala
RM
Jam
RM
Kasut
RM
Satu set peralatan solek
RM
Satu set penjagaan badan
RM
Buah-buahan
RM
Puding
RM
Cokelat
RM
Kek
RM

Juruandam:
Pelamin
RM
Bunga pahar
RM
Bunga telur/cenderahati tetamu
RM
Baju songket
RM
Hiasan bilik tidur
RM
Pintu gerbang
RM
Hiasan hantaran
RM
Abadikan memori:
Videografi yang siap disunting
RM
Jurugambar
RM
Kanopi:
Kanopi
RM
Kerusi dan meja
RM
Alas meja
RM
Kipas siling
RM
Lampu
RM
Upah pekerja
RM
Hotel atau taman:
Sewa hotel atau taman
RM
Kerusi dan meja
RM
Menu
RM
Penyambut tetamu
RM
Pengiring
RM
Makan beradap:
Set meja pengantin
RM
Kerusi dan Meja
RM
Alas meja
RM
Skirting
RM
Scallop
RM
Kerusi banquet
RM
Bunga bouquet
RM
Lauk pengantin
RM
Penanggah
RM
Katering:
Nasi dan lauk pilihan
RM
Buah-buahan
RM
Air (kordial)
RM
Hiburan:
Kompang
RM
Satu set sistem PA
RM
DJ / MC
RM
Bulan Madu:
Percutian
RM

Jumlah perbelanjaan
RM


Sila semak panduan perbelanjaan anda di bawah:
a)
Perbelanjaan dari RM 10,000 – 15,500
Jumlah sebanyak ini adalah perbelanjaan yang agak mewah bagi pengantin lelaki. Walau bagaimanapun jumlah ini hanya sesuai untuk majlis perkahwinan di rumah, bukannya di hotel mahupun taman. Pun begitu, anda masih boleh menjadikan perkahwinan anda ini yang paling indah buat anda dan pasangan anda.
b)
Perbelanjaan sebanyak RM 15,501 – 25,500
Jumlah yang dikeluarkan adalah mewah untuk majlis perkahwinan di rumah. Jumlah ini masih tidak berpadanan jika dilakukan di hotel atau taman. Ini kerana jumlah tersebut masih belum mencukupi atau anda terpaksa membuat pinjaman daripada kaum keluarga, sanak saudara atau rakan-rakan. Walau bagaimanapun, anda boleh menceriakan hati pasangan anda dengan hanya membuat majlis di rumah kerana pelbagai perkara yang boleh didapati daripada jumlah bajet sebanyak ini. Tentu sahaja apa yang anda idamkan atau impikan untuk majlis tersebut akan dapat anda dipenuhi.
c)
Perbelanjaan sebanyak RM 25,501 – 35,500
Jumlah yang akan dikeluarkan ini adalah jumlah maksimum untuk majlis di rumah. Tentu sahaja anda mampu menyediakan apa jua yang anda inginkan untuk majlis perkahwinan anda ini. Apapun, jumlah ini masih boleh dikurangkan agar berpatutan dan beli perkara yang anda perlukan sahaja. Itu lebih jimatkan? Erm… jika diikutkan jumlah ini masih belum benar-benar cukup untuk melangsungkan perkahwinan di hotel. Pun begitu, jumlah ini membolehkan anda menyewa sebuah dewan sederhana di sesebuah hotel dengan jemputan yang terhad. Itupun jika anda berkeinginan untuk melangsungkannya di hotel.

ikut pengalaman aku la,aku sndr spend ada la dalam 20k lebih... dari tunang sampai la ke majlis kahwin... so pada lelaki kat luar sana,mula mengumpul duit kalo ada pikir nak kawen..haha...mmg la susah tapi ni realiti kehidupan,nak amek anak dara orang wat bini,kena la ada duit bro..

 -mrjie-

perkahwinan part 1-budget perkahwinan pagi pengantin perempuan

ok arini nak share ckit pasal plan2 serta budget pada orang yang berhasrat nak mendirikan rumah tangga...  disini aku share template apa yang dulu aku buat la

Bajet Perkahwinan Perempuan

Pra-perkahwinan:
Kursus perkahwinan
RM
Kad jemputan
RM
Setem
RM
Cincin kahwin
RM
Perjalanan pergi dan balik untuk rombongan
RM
Tempat penginapan untuk rombongan
RM
Barangan Hantaran:
Sirih junjung
RM
Potpourri
RM
Al-Quran
RM
Sejadah
RM
Samping
RM
Songkok
RM
Kain pelekat
RM
Baju Melayu
RM
Tuala
RM
Kasut
RM
Jam
RM
Satu set penjagaan diri
RM
Kek
RM
Pulut kuning
RM
Puding
RM
Cokelat
RM
Buah-buahan
RM
Juruandam:
Pelamin
RM
Baju songket
RM
Bunga pegang
RM
Bunga pahar
RM
Bunga telur/cenderahati tetamu
RM
Jurusolek
RM
Baju persalinan
RM
Hiasan bilik tidur
RM
Pintu gerbang
RM
Barangan hantaran
RM
Hiasan hantaran
RM
Solekan pengapit dan flower girls
RM
Abadikan memori:
Videografi yang siap disunting
RM
Jurugambar
RM
Kanopi:
Kanopi
RM
Kerusi dan meja
RM
Alas meja
RM
Kipas siling
RM
Lampu
RM
Upah pekerja
RM
Hotel atau taman atau rumah:
Kerusi dan meja
RM
Menu
RM
Penyambut tetamu
RM
Pengiring
RM
Makan beradap:
Set meja pengantin
RM
Kerusi dan Meja
RM
Alas meja
RM
Skirting
RM
Scallop
RM
Kerusi banquet
RM
Bunga bouquet
RM
Lauk pengantin
RM
Penanggah
RM
Katering:
Nasi dan lauk pilihan
RM
Buah-buahan
RM
Air (kordial)
RM
Hiburan:
Kompang
RM
Satu set sistem PA RM
DJ / MC
RM












di sini korang leh copy n paste je kat word,pastu leh isi la...untuk pengantin perempuan,perlu belanje lebih kurang rm20 ribu.. banyak kan? tapi perempuan leh mintak duit dari pihak pengantin lelaki,so da kurang ckit beban.. ikut pengalaman aku, berbincang la dengan pasangan anda, jgn sampai membebankan lelaki,tapi as a gentleman,come on la,ko nak amek anak dara orang,xkan nk bagi duit ckit sangat kan, berpada2 la...  see u in part 2
 - mrjie -