Friday, 11 October 2013

pantun meminang

Pantun Meminang 


Berbalas pantun antara tetamu (pihak lelaki) dan tuan rumah (pihak perempuan).

Pihak lelaki:-
Laksamana cekap bermain senjata
sambil berpencak sambil ketawa
andai terlanjur menyusun kata
maaf dipinta seikhlas jiwa
 
Harum sungguh si bunga kemboja
ditanam orang di hujung halaman
datang dengan hati teruja
untuk menyunting bunga di taman.
 
Pihak perempuan:-
Nampak cantik berseri laman
Tempat bertandang beruk dan kera
Hendak menyunting bunga ditaman
Sudahkah cukup syarat dan kira?

Pihak Perempuan:-
Pergi mengail ikan gelama
Laut gelombang serta gelora
Niat baik sudah diterima
Nak tengok dulu muda kah tua!

Pihak lelaki:-
Bunga cantik hiasan taman
Bunga sena penghias biara
Tentulah pemuda yang jadi idaman
Orang tua pengatur bicara.

Pihak lelaki:-
Kalau padi katakan padi
Tidaklah kami tertampi-tampi
Kalau sudi katakan sudi
Tidaklah kami ternanti-nanti.

Seloka kami berhenti di sini
namun debaran masih dirasakan
terlanggar adab haraf dimaafi
kini hanya menanti jawapan

 Pihak Perempuan:-
Pohon cempedak ditepi titi
Pohon nangka buah sebiji
Kalau sudah berkenan dihati
Marilah kita mengikat janji


 -mrjie-

No comments:

Post a Comment